Tuesday, April 29, 2014

Aku & KMPP

Assalamualaikum pembaca sekalian :)

Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah pengajianku selama satu tahun di Matrikulasi Pulau Pinang sebagai pelajar aliran sains. Okay tengok ni sat :


My ex- Practicum K3P4 *me in the middle wearing a dark violet scarf*

Kepada adik2 yang mendapat tawaran ke matrikulasi, tahniah dan semoga berjaya di matrik ye! Syok sebenarnya kalau dapat KMPP. Walaubagaimanapun, still jangan biarkan sifat malas menguasai diri anda sebab malas itu membunuh. Nanti tak pasal2 kecundang di tengah jalan *ini yang paling menggerunkan*

Kalau dah dapat matrik, first sekali mesti set minda untuk study elok2. Bukan apa, matrik ialah salah satu institusi yang macam fast track program sebab kita dok setahun je dik. Lain lah kalau ditawarkan untuk masuk 2 tahun. Bagi adik2 yang dapat program 1 tahun, korang jangan lepaskan peluang ni. Jangan main2 & ambil mudah dalam semua perkara.*dengar nasihat senior ni :P Ramai yang buat endah tak endah tu selalunya ditawarkan ke PDT (Program 2 Tahun) @ istilah "tendang"/keluar dari Matrikulasi,

Akak kat sini memangselalu stress,haha.Tutorial +lab report bertimbun-timbun.Tiap2 hari kita akan belajar benda baru.Kalau sekali tak faham jangan biarkan anda terus sesat.Buat sesuatu sebelum terlambat.Ini serious!Lecturer@cikgu kat sini sangat membantu.Tak faham je boleh jumpa,Jangan segan.Tapi sebelum jumpa try fahamkan dulu.Selalunya cikgu akan tanya soalan sebelum kita nak tanya,haha,Kalau tak nak kena marah @ sebagainya be prepared ye.Prepare yourself first!Tutorial pastikan siap.Yang tak tahu boleh tanya cikgu kat "pentat" *bangunan pentadbiran @ office cikgu.Kalau darurat,tak pe kot cuma takut sikit la masa tutorial session kot2 kena panggil jawab kat depan or tulis jawapan kat whiteboard.Buku past year nanti semuaa orang akan dapat. Buatlah supaya dapat memantapkan pehamahaman adik2. Macam akak dulu, lecturer Chinese math, suruh hantar past year + tutorial setiap kali hbis chapter.aishh susah kot =_= banyak kerja tapi nak buat macam mana. Terpaksa pandai agih masa.

Bukan maths je, cikgu tutorial kimia pun selalu suruh buat chemfriend *booklet past year* Tapi akak memang sayang giler kat teacher tu, Miss Wong. Dialah cikgu yang paling akak suka sbb dia ajar sempoi.Fasih BI & BM. Dia buat kita macam kawan je.Kalau adik2 yg masuk KMPP dapat mentor@cikgu tutor KIM@cikgu kuliah KIM Miss Wong memang best la!Korang akan fall in love la dengan Kimia lepas ni.hehe :) Next untuk Bio, tutorial so far okay, Past year booklet dia banyak soalan struktur.Essay selalunya lecturer akan suruh adik2 buat yang mana penting je. Nanti kalau dah siap chapter apa2 la untuk bio & Kimia datang lah ke office untuk check jawapan. Kadang2 tutorial session pun cikgu akan bincang past year :) Akak ni Modul 3, tak amik Fizik so tak tau la pasal Fiz. Akak amik Sains computer. Utk sem 1 science computer macam Bio je. Korang kena banyak hafal. Serious sem 1 tak susah :) Sem 2 je mcm perggghh. sbb kena belajar programming. Kita akan jadi computer programmer ye :D Akak pun blur2 sikit bile nak buat looping,selection punya pseudocode dlm C++ programming.sequence senang la. pling syok soalan PAK AMIR utk session 2012/2013 final pspm. bakal programmer usha lah soalan tu nnt.minta kat lecturer nak tgk soalan tu.kuang kuang kuang T_T

Nanti pandai2 la pilih kawan. Jangan pampered diri sampai tak study.Nanti susah di kemudian hari.Tak syok tau kalau kena marah dengan lecturer.Malu satu. satu lagi dpt result yg ciput2 je pointer.Tak ke rsa bersalah kat mak & ayah?Fikir2kanlah wahai adik2ku. Memang study tu seksa.Akak dah alami.Kita kat sini setahun je.kejap sangt.Akak pun tak percaya tamat pengajian matrikulasi 2013/2014. Rasanya baru je hbis SPM 2012 & masuk KMPP akhir bln Mei.Tiba2 dah ada kat rumah layan lappy ni ha! hehehe

Nanti masa awal2 masuk adik2 akan berjumpa dengan Mr Chalie. haha.Jaga diri baik2.Risau kot chalie ni buat love bite ke ape ke kan. Alhamdulillah la akak selamat drpd gangguan chalie ni.hoho.Waktu nak dkt hbis sem 2, musim bunga! Nanti ada la rasa feeling ala2 kat Jepun dikelilingi bunga sakura. Sekarang trend monopod. ber'selfie' lah anda dengan bunga2,best!!! :) Tengok ni :

Akak dengan roommates! :)
A3.2.1 dalam kenangan :')

Setakat ni je la yang akak boleh share. Doakan akak dapat pointer bagus untuk PSPM 2 ni. Manalah tau dapat 4 flat :D Amin. Semoga berjaya adik2! Once a KMPPIAN, always a KMPPIAN.


Yours sincerely,  

Autumn Tears
Kmppian 2013/2014