Thursday, February 14, 2013

Nasi Goreng Ekspress

Assalamualaikum :)

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang resipi buatan sendiri iaitu Nasi Goreng Ekspress :D
Namanya sudah menunjukkan bahawa nasi goreng ini cepat dimasak dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak. Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah seorang yang handal dalam bab-bab masakan tapi mungkin resipi saya ini dapat membantu anda ketika anda ingin menyiapkan sarapan pagi secara ekspress! Siapa tahu anda mungkin  sibuk sehingga tidak sempat untuk menyuap sesuap nasi, jadi apa kata kita  cuba resipi ini :)

Bahan-bahan


  • 1 biji bawang besar
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mayonaise
  • sedikit lada sulah
  • sos tiram  secukup rasa
  • 1/3 kiub ayam
  • nasi (terpulang berapa banyak yang anda suka tapi jangan terlalu banyak mungkin cukup untuk 3 senduk nasi :) )
  • sayur kobis (boleh banyak boleh juga sikit ;) )


Cara-cara

1. Potong bawang besar (tidak perlu mendadu sebab nak tumbuk). Tumbuk ikan bilis bersama kiub ayam dan bawang besar yang telah dipotong dengan menggunakan lesung batu.

2.Pecahkan telur dan pukul telur. Masukkan mayonaise dan sedikit lada sulah ke dalam mangkuk berisi telur.

3.Tumis bahan yang ditumbuk terlebih dahulu (ikan bilis+kiub ayam+bawang besar). Tambah sos tiram secukup rasa. Tambah pula telur ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan nasi.Kacau beberapa kali dan masukkan sayur kobis yang telah dipotong halus.Nasi goreng ekspress siap untuk dimakan!! :D


Inilah hasilnya! Walaupun nampak seperti tidak menyelerakan tetapi ianya masih boleh membuatkan anda kecur air liur kerana sudah tentu anda akan dapat merasai betapa Creamy dan manisnya mayonaise :) Kalau nak creamy lebih, anda digalakkan menambah mayonaise dengan banyak. 


Saya gembira kerana menerima komentar-komentar yang membina daripada mak dan abah. Jadi saya taklah terasa malu nak kongsikan resipi ini.hehe.

SELAMAT MENCUBA!


yours sincerely, 

Autumn Tears.  

2 comments: