Thursday, October 9, 2014

Tenanglah Mak di sana :')

Perginya Mak pada 5/10/2014, Hari Raya Korban memberikan satu impak yang sangat besar buat diri dan keluarga. Nurizan binti Alang Sariah yang dulunya pendidik bangsa pergi menghadap seruan ilahi setelah 5 tahun bertarung nyawa melawan Penyakit hati (hepatitis c).Hanya mampu berdoa, itulah senjata mukmin, juga hadiah daripada anak-anak untuk pahala yang berpanjangan.Semoga arwah Mak tenang di sana hendaknya, dilapangkan & diterangi kuburnya, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin ya rabbi.

pedih,perit,pahit.3 P yang kini sentiasa menyelubungi diri.Gagahlah wahai!, tabahlah hati, sesungguhnya, ujian ini mematangkan diri.Tiada yang kekal di dunia melainkan Allah yang Esa.Berakhir sudah derita Mak. Pernah suatu ketika arwah bertanya,

"Kenapa mak tak baik-baik walaupun dah makan ubat?"
Ya Allah.apa yang harus dijawab?

Tiada ubat yang boleh menyembuhkan liver cirrhosis. Ya, para saintis masih mengkaji. Hanya ubat-ubatan yang mampu melambatkan proses pengerasan hati. APA?livovid?propanalol?nexium?vitamin b complex?lactul solution?Oh semua itu hanya untuk melembutkan hati yang sedang rancak mengeras. Kasihan arwah Mak. Sungguh. Terlalu banyak ammonia dalam badan. Constipated sehingga diberi 40ml lactulose! Sampaikan siang & malam tidak boleh dibezakan. She's not oriented. Solat, hanya mampu mengikut sekiranya diajar.Betapa seksanya arwah. Sedih jika dikenang semula. Setiap hari ambil darah.Bengkak di tangan alah bisa tegal biasa. Mengelembung, salah cucuk branula.jarum tak masuk urat. Plaster penuh ditampal di badan. Sakitnya arwah nak mengiring ke kiri ke kanan sekiranya sudah sampai masa untuk menukar pampers.


Apa yang boleh dibuat?Diri sendiri pun kadang-kadang tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Sekadar menyuap makan, menukar pampers, memberi makan ubat,tidak mampu untuk merasai kesakitan yang dialami oleh arwah mak.Ya Allah, engkau perkenankan doaku, pertemukanlah aku dengan arwah mak semula di Jannah. Al-fatihah. Adik sayang mak! Budak nilah yang mengada-ngada, kadang-kadang selfish tetap manja & minta dimanjakan. Maaflah mak, kalau selama ini banyak menyusahkan mak. Tiap2 minggu waktu di KMPP, balik ke Kuala Kangsar, habis duit minyak & tol. Study week, Mak & Abah datang ambil pergi Ipoh. Habis matrik, Mak gagahkan juga datang dengan Abah. Shopping kat Jusco, mak terpaksa duduk tunggu Adik beli baju sorang-sorang. Tak galakkan mak beli anak patung lavender yang agak mahal untuk  bakal cucu mak di cameron. Ajak jugak mak tengok Frozen sama2 walaupun mak tengok separuh jalan je.Pergi Bangi attend wedding reception, pergi debond braces 17/6 sama tarikh dengan endoscope mak untuk observe ulcer *mak takut sangat* Lepas adik pakai retainer, adik bagitau tak selesa, Mak bagi kata0kata positif suruh pedulikan, kan nak gigi cantik?lepas tu, Adik jaga Kak Long seminggu, tak dapat jumpa mak, end up hari Jumaat tu, simptom hepatic enchephalopathy dah start kat mak.Mak admitted wad 3027A pantai hospital Ipoh.6 hari mak kat hospital. Her health deteriorates then.


Dr Tan cakap, mak tak tahan sampai setahun.Terkedu! Diam je, bagitau Abah & yang lain.Iya, ajal di tangan Allah.kita tak tahu.wallahualam.bulan puasa, mak ke selayang, jumpa specialist.3 hari admitted.tapi mak gembira sangat dapat discharge.Mak jalan sendiri walaupun lambat!Hari Raya Aidilfitri, Mak macam biasalah sakitnya.mengerang.3/8/14, pagi tu, mak nampak sihat sangat2.alhamdulillah.Kakcik nak pulang ke Adelaide. Mak mampu pakai baju sendiri.Ceria sungguh!Tak sangka malam 3/8 lebih kurang pkl 11 malam, mak tak mampu lelap sehingga keesokannya.Kami bawa mak naik ambulance ke hospital permaisuri bainun.2 minggu mak dalam wad.cadangnya 12/8 adik nak ke Acheh, terpaksa dibatalkan.Takpa, demi mak!Dapat tahu bakal melapor diri ke UTM, jauhnya Johor, berpisah dengan mak lepas ni. Mak juga terkejut.tapi apakan daya.Menuntut ilmu itu suatu kewajipan.Semua urusan masuk Uni, buat sendiri.Terasa sangat sedih sebab masa masuk matrik maklah orang kuat beli barang & baju.Hari nak pergi Johor, mak kurang baik.Mengerang, nangis2 atas katil bilik belakang.Adik cium mak & salam begitu sahaja, terus Along bawak pergi Selayang.Dari Selayang KakNgah & Abang Ngah hantar ke UTM.


3 minggu sebagai mahasiswi,dapat panggilan daripada Abah yang mengatakan Mak koma, ya Allah!13/9/14 mak masuk hospital.Apalagi, buat surat rasmi hantar ke pensyarah.seminggu ponteng!Mak bangun dari koma lepas Adik balik.That is a miracle!Alhamdulillah.seminggu tu jugak adik jaga mak.tukar shift dengan kakcik.2 minggu adik sambung study balik.Raya Haji adik balik, dapat tau mak masuk hospital seminggu sebelum raya haji.terus ke Taiping.Abah ambil dari KFC simpang Taiping.Pagi tu, Mak sihat sikit.Mak sebut"Adikkk" ya Allah sayangnya aku pada mak.Dua hari Jaga mak.sampai sabtu, 4/10/2014.petang samapai 5/10/2014 kak ngah jaga.Kesihatan mak merosot lepas tu.rupanya dah sampai ajal Mak.Innalillahiwainnalillahirajiun.

1 comment:

  1. Baby jg mak buat penghabisan kalinya. Betapa allah syg anak2 mak.. beri peluang semuanya utk spend masa bersama mak walaupun kejap. Xpuas jg mak..����

    ReplyDelete