Thursday, August 4, 2016

Nak bebel

Assalamualaikum.

Post hari ni nak bebel sebab fade up dengan mentaliti masyarakat melayu. Aku tak tau la post kali ni bakal viral ke tak sebab mostly Malays suka viralkan benda-benda remeh ni. Kalau kau nak sentap silakan. Bukan aku kesah pon =..=

Aku dah lama pelik dengan perangai masyarakat ni. Hari ni tiba-tiba pulak rasa nak luah satu kali. Jenis yang tak reti nak guna ayat sopan santun bila berbalah ni dah lama aku perhati. Weh, tak guna kau alumni sekolah berasrama penuh @ kluster yang orang dok canang satu Malaysia bakal doktor, jurutera, arkitek, guru dan paling penting bakal jadi menteri tapi perangai macam hareeemmm. Kau kat sekolah dulu tak belajar ke adab? SPM terang tang tang straight A tapi nilah jadinya bila kau tak praktik langsung adab-adab yang kau belajar dalam Pendidikan Islam.

Ya semua orang ada perasaan marah. Cara kau nak kawal marah itu yang membezakan EQ kau dengan orang lain. Aku nak cakap satu ja, jangan cepat melatah. Kan kau dah sembur semua ayat pedas lagi berapi yang langsung tak menunjukkan ciri-ciri orang berpelajaran. Sorry la beb. Kau terlalu kebudak-budakkan. Macam mana kau nak jadi imam kalau hal remeh macam ni pun tak reti nak handle. Tepuk dada tanya iman.

Buat adik-adik yang bakal masuk ke alam universiti, kau ingat ni baik-baik. Bila dah masuk Uni, kau bebas boleh buat apa yang kau nak tapi kau tak boleh lari daripada bermacam-macam masalah terutamanya masalah kewangan, study, kawan, tempat tinggal dan family. Kau kena pandai balance study dengan aktiviti kolej. Kalau boleh balance, kau teruskan. Kalau tak boleh, dah besar kan? Pikir sendiri mana yang lebih penting buang yang tak penting tu jauh-jauh. Jangan kau hanyut. Kau akan berperang dengan masalah emosi jadi kau kena pandai kawal emosi. Pandai-pandai la sendiri nak join usrah ke supaya kau tak hanyut dengan sandiwara duniawi ini. Nanti lama-lama kau akan rasa perubahan sama ada baik atau buruk dalam diri kau. Kau akan lebih bermuhasabah diri untuk dekatkan diri kepada Allah SWT. Confirm terdetik dalam hati yang aku tak pernah pun nak amalkan apa yang ustaz ustazah dok bebel waktu sekolah dulu.

Kau jangan cepat mengalah kalau first semester kau result jatuh. Senior selalu kata, waktu first year ni la result kena gempak, dekan 4 Flat! Kau jangan percaya semua tu. Kalau jatuh, kau usaha lebih untuk semester yang seterusnya. Ingat ni, jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau kau study bersungguh-sungguh, in shaa Allah kau dapat apa yang kau nak. Memang la makin kau naik tahun, subjek makin susah. Tapi tak mustahil kau boleh dapat dekan kalau usaha kau all out!

Satu lagi, kau redha je lah kau dapat sambung study kat mana pun. Kat Malaysia ke oversea ke terima jelah seadanya. Kalau dapat sambung kat oversea tu gempak la kan tu bonus untuk kau. Kalau kat Malaysia pun bagus apa. Jangan kau nak down kalau kau mati-mati nak pergi oversea tapi kau tak dapat. Rezeki Allah nak bagi kau kena bersyukur. Ingat, ramai lagi orang yang nak sambung study kat luar sana tu tak dapat, kau insan terpilih dalam berpuluh-puluh ribu orang kat Malaysia ni. Once ada peluang, jangan lepaskan peluang tu. Kau tanam hasrat untuk study demi mak ayah, family dan masa depan kau. Kalau nawaitu betul in shaa Allah dipermudahkan.

Setakat ni jelah Hakak Badik nak bebel. Maaf perkataan agak kasar.

Yang benar,

Badik Chan :D


3 comments:

  1. Tu diaaa hakak badik.. Betul sgt tu.. Like like like..
    *bahasa badik buat zati pun jd takut, hahahaha sabar ye badik, kita jgn ikut perangai mcm depa..depa nak melenting ke apa ke biar.. Kita cool2 jee.. ;)

    ReplyDelete
  2. Hahahah Zati. Sorry memang kasar sikit.hahaha ye in shaa Allah

    ReplyDelete
  3. aurora@mail.postmanllc.net

    ReplyDelete