Friday, July 22, 2016

Selipar buruk

Assalamualaikum :D

Post hari ini dalam bahasa Ibunda, maklumlah bahasa kan jiwa bangsa * Cewaahhh :P Lama betul tidak menulis dalam bahasa Melayu (kekok) eh tak da lah sahaja xD Maaf sekiranya tatabahasa yang digunakan tidak menepati piawaian, siapa entah Cikgu BM dulu mengaku cepat * Maaf Cikgu, anak muridmu ini nakal sejak meninggalkan bangku sekolah selama 4 tahun. Kalau bukan Cikgu yang mengajar bersungguh-sungguh dahulu tak mungkin Wan Sujaihah peroleh A+ BM SPM 2012 ahahahha. Mana tidaknya, setiap Rabu kami satu kelas 5 Sains 1 wajib baca terlebih dulu cerpen Komsas *itu belum masuk prosa klasik tradisional boleh pening dibuatnya macam vertigo. Dah, cukup sudaah mengimbau zaman sekolah. Kita bukan nak cerita pasal tu, tapi pasal selipar.

Eh kenapa pasal selipar pulak? Jeng jeng jeng
Ingat tak dulu, saya pernah update status di laman muka buku *Facebook laa mek,

Fahamkan sahaja bila print screen, saya malas nak edit crop status itu sahaja.

Tahu apa sudah jadi dengan selipar tersebut? Saya temuinya kembali sewaktu solat sunat Hari Raya Aidilfitri di surau. Saya bagitahu Kakcik bahawa, saya ingin melakukan satu jenayah besar * sebenarnya itu bukan jenayah sebab saya tuan empunya! Usai solat sunat, terus bergegas keluar tanpa menghiraukan orang lain dan akhirnya, saya tinggalkan selipar buruk yang saya pinjam sebelum ini dan mengambil semula selipar hak mutlak saya. Rasa seperti seorang jaguh ketika itu HAHAHA dan kami menunggu kehadiran Abah di laman parkir kereta namun kelibat Abah tidak kelihatan.

"Kakcik, mana Abah ni? Adik takut nak masuk balik perkarangan surau, dah la buat kerja jahat ni"
"Dah lama sangat ni dik, jom la kita tengok Abah ada kat mana"
"Ye lah"

"Encik, Cikgu Meor di mana?"
"Saya rasa dia ke rumah terbuka undangan Encik sekian sekian"

Boleh pulak Abah tinggalkan kami T_T rugi tak ikut Along balik naik motor tadi, Ciss * Berkumandang lagu raya Dendang Perantau sebagai latar belakang HAHAHA. Sebelum pulang berjalan kaki bersama kakcik, saya memberanikan diri meninjau tempat letak kasut bahagian wanita tadi. *Curiosity level up!

Selipar buruk yang aku tinggalkan itu masih cantik tersusun rapi tidak diusik. Apakah?! Pelbagai persoalan bermain di minda. Orang tu balik kaki ayam ke? Kenapa dia tak pakai sahaja selipar tu. Apa yang telah aku lakukan! T___T Tak berniat pun ingin menyakitimu wahai hamba Allah. Saya cuma ambil hak saya. huhuhuhu Adakah saya bersalah dalam hal ini? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Penangan selipar buruk tidak berhenti setakat itu sahaja. Pagi tadi abah menceritakan perihalnya ketika menghadiri surau semalam. Tiba-tiba ..........

"Adik, Abah saje tengok tempat letak kasut, Orang tu sampai la ni tak ambik2 selipar dia"

HAHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHA


Badik tak bersalah. Harap maklum

NOKTAH



Sekian.

1 comment:

  1. Dengan anak keciknya lagi kan. huuuu. 3D 2N kat Langkawi, kami duk homestay je sebab lebih selesa untuk kami yang ada anak kecik and lebih murah. homestay yang sangat best dan selesa ni kami sewa di zone Ulu Melaka tapi bukan di Melaka ya. RM750 untuk 3D 2N or more Avanza.

    ReplyDelete