Friday, November 21, 2014

Syukur

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih bernafas hari ini,
akhirnya semua program selesai, tunggu final je ni. Ya Allah, banyak yang nak kena cover. Study bukan mudah. Slow learner macam diri sendiri, memang menguji tahap kesabaran yang tinggi. Tambah2 pulak maths method 1 & statistics. Masih mempersoalkan tentang kewajipan 2 subjek tersebut sehingga kini.*Tabahlah wahai diri. Budak Bio memang kena study semua tu eh. Ingatkan dah major Bio ni memang goodbye maths! eh eh tak pulak T_T

"Allah SWT tidak akan menguji hambanya sebab Allah tahu kemampuan seorang hambanya untuk menghadapi ujian yang diberikan olehNya. Kuat!Semangat! Jangan putus asa, Adik. Mak dah doakan yang terbaik untuk adik sebelum ni. In shaa Allah, dipermudahkan segalanya. Kepahitan akan digantikan dengan manisnya madu.Seseungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar"


Allah memang pujuk adik. Aufa baru sahaja dilahirkan. Kalau diberi kesempatan, kita akan berjumpa Aufa :3 Maksu Badik sibuk di Johor. Melayan perasaan sorang2 ja di sini.hewhew. Homesick tau.Rindu Mak sangat2.oh Mak, alhamdulillah rezeki daripada Allah SWT, adik dapat JPA Mak. Sebelum ni, Mak memang nak sangat adik dapat biasiswa kan,Alhamdulillah sangat2.Bolehlah lepas ni bayar PTPTN balik.Tapi, sekarang sedang serabut dengan borang-borang yang perlu diselesaikan. Ai maklumlah, maklumat saksi,penjamin,tandatangan itulah inilah,pening kepala Adik Mak.Tapi fikirkan masa hadapan semua tu tak perlu untuk merungut.Jangan merungut bak kata kakak usrah,in shaa Allah pengakhirannya semua indah.Doa kan senjata mukmin.


Kuatlah wahai diri.Penat dengan kuiz, test yang bila2 masa ja ada.Tak enjoy life pun kat sini walaupun sebenarnya memang dah banyak kali berjimba atau buat kerja gila.Beza betul dengan matrik.Kalau kat matrik terisi sungguh masa dengan pelajaran.Kat sini mcm banyak buang masa.Tak tahulah.Adik dah terima amanah untuk belajar jadi sepatutnya kena study betul-betul.Banggakan keluarga. Amanah jangan diambil enteng. Astaghfirullahalazim.Malunya dengan diri sendiri :(
Jangan pentingkan diri boleh tak??Ya Allah tolonglah hambamu ini.


Untung sungguh kakak-kakak dan abang.Semua sudah berkerjaya.Diri sendiri baru sahaja memulakan perjalanan hidup.Baru sem 1 dah rasa macam ehhh nak teroyok@ngobok sebab susah Allah je tahu.Down to earth tau.Stress dengan macam2 kerenah orang.Risau selalu buat ghibah kann*cukup2lah gossip.Buat dosa kering :( Nak transform jadi yang lebih baik perlukan istiqamah.Nih satu lagi, cabaran okay.Bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa ni. Diri masih terkapai-kapai mencari identiti. Beruntung jugak diri ni sebab semua adik beradik support kalau kewangan tak mencukupi.Alhamdulillah tapi sampai bila kan???Memang kena study betul2 lepas ni, hidup 60 tahun lagi bak kata Abah *kalau panjang umur laaah.


Kadang-kadang selalu fikir, hidup di dunia mati di akhirat.Kita bawa diri seorang-seorang ja lepas ni.Kat dunia pun dah nampak,contoh paling senang study lah kann.Exam semua jawab sendiri.Tak mainlah nak cheat bagai.Even kalau tolong orang pun, ingat dia nak tolong ke masa kita susah nanti?haa satu lagi ingat dosa.Cheating is bad!Lepas tu, paling ketara kerja apa in the future. Siapa nak tanggung perbelanjaan hidup?Harapkan abah,along,kakngah,kakyang??no no no. Itulah dia permainan duniawi.Sebenarnya sementara je hidup kat sini.Akhirat yang kekal.Tapi takkan nak kejar akhirat je kan.Both kena balance. Berat betul kalau refeleks balik diri pegang title Khalifah ni.
Kenapalah sekarang baru nak fikir masalah2 ni.Itulah namanya kematangan berfikir.A year older, a year wiser.


So, lepas ni kena sentiasa kuat.


"You refused to return to Him
but He still loves you.
So,he created a hardship
which made you turn to
Him"

Lillahitaala.*Betulkan niat. In shaa Allah. Allah sayang Adik!


Yours sincerely,

Autumn Tears