Saturday, February 21, 2015

Tips Melancong Ke Hong Kong

Assalamualaikum semua :D

Baru-baru ini saya telah ke Hong Kong bersama Kakak yang baru selesai posting orthopedik dan Abah pada 14 Februari 2015. Lawatan singkat kami hanyalah 4 hari 3 malam. Bagi anda yang sukakan pengembaraan, mungkin serba sedikit tips daripada saya berguna buat anda.

Traveling as BACKPACKERS :-

Stok makanan 4 hari 3 malam
1. Penyediaan makanan seperti gambar di atas amat penting. Walaupun masih terdapat makanan halal, namun harganya amat mahal ibarat 2 kali ganda harga makanan di Malaysia.
2. Kajian tempat : selepas membeli online tiket kapal terbang, saya telah menempah hotel melalui airasia go *promosi daripada air asia* - Kedudukan hotel hendaklah strategik.

Cosmo Hotel Wan Chai ialah tempat penginapan kami.
Ia terletak di kawasan Wan Chai.

3.Kajian tentang tempat-tempat menarik di sekitar hotel. Jika anda memilih Cosmo Hotel/Cosmopolitan Hotel :-

a.Ocean Park
b.Stanley Market
c.Victoria Peak (The Peak)
d.Time Square (shopping complex)
e.Sogo(shopping complex)
f.Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Tempat idaman : Disneyland Hong Kong Resort di Lantau Island


Selesai uji kaji jom sertai pengembaraan kami! 

14 Februari 2015:-

Touch down Hong Kong International Airport di level 5. Terus ke kaunter MTR membeli "Octopus Card" HKD 150 seorang HKD 50 sebagai deposit. Kami juga membeli one way tiket ke Hong Kong Station kerana lebih murah untuk 3 orang iaitu HKD 210 berbanding menggunakan octopus card iaitu HKD 100 seorang.(dapat murah hanya HKD 70)  
 *kami kembalikan kad di kaunter pertanyaan MTR di airport express sebelum pulang ke tanah air.Baki yang masih ada kami peroleh.
Tambah nilai Octopus card boleh dilakukan di mesin yang disediakan di setiap stesen MTR atau di kedai 7-Eleven.

Simcard boleh didapati di tingkat 5 juga di kedai 1010. 7 hari unlimited internet.

Sampai di Hong Kong Station, kami menunggu free bus shuttle Cosmo Hotel dan terus ke hotel untuk check in. Promosi air asia 1  bilik 2 orang untuk 4 hari 3 malam ialah RM 945.sampai di sana hotel ini tidak kira kepala walaupun kami travel bertiga.walaubagaimanapun, deposit sebanyak HKD 900 diperlukan.

Free Smart phone. Boleh telefon Malaysia percuma.
internet juga percuma.Hanya di Cosmo Hotel


Malam itu, kami hanya berjalan menghirup udara di kota metropolitan.


15 Februari 2015:-

Seawal 9 pagi kami menunggu bas di hadapan St. Joseph's Primary School di Queen's Road East.Kami ke Stanley untuk pergi ke Stanley Market. Pihak hotel akan menyediakan pamplet jadual bas berkala ke tempat-tempat menarik.Jadi tidak perlu risau tentang itu. Kami turun di Stanley Plaza.

Keadaan di Stanley Plaza
Kami berjalan dalam 3 minit turun dari shopping complex di stanley plaza dan akhirnya menemui Stanley Market. Ia merupakan tempat yang boleh tawar menawar, Sesuai untuk mencari ole-ole di sini.
 Di sekitar Stanley Plaza
Makanan halal- Indian Cuisine yang terdapat
di kedai Mirch Masala di Stanley Plaza.
Kami memilih menu Dinner for 2 dan air mineral
berharga HKD 366.
Tengah hari itu kami pulang ke Hotel menunaikan jamak zohor dan asar. Dalam jam 3.30 petang kami ke Islamic centre dan Masjid di Oi Kwan Road yang sangat hampir dengan Cosmo Hotel.
Petang itu, kami menaiki bas ke The Peak untuk memasuki Madame Tussauds. 
Tips ke Madam Tussauds:
Lebih baik beli online kerana lebih murah berbanding membeli tiket on the spot.
Di The Peak.
Bersama peninju Mat Ali di Madame Tussauds
Bersama David Beckham
16 Februari 2015:
Kami ke Disneyland Hong Kong!
Tips: Boleh beli tiket di Disneyland HKD 499 dewasa, HKD 100 kanak-kanak & warga emas(65 tahun ke atas) Dari Wan Chai kami menaiki bas turun di Central. Berjalan kaki masuk ke IFC Mall dan mencari Hong Kong Station.Dari sana, naik MTR di kawasan Tung Chung Line dan turun di Sunny Bay. Transit ke Disneyland Resort dan akhirnya sampai :D 

Makanan halal: Explorer's Club di Mystic Point @ Tahittan Terrace di Adventureland.
Saya teruja dengan semua anak patung Disney
ni.hehe. Nasiblah beli satu bawak balik Malaysia- Monster Inc
Mike :D * yang colour hijau tu bermata 1.
17 Februari 2015:
Pulang ke Tanah Air.


 Yang Benar,
Autumn Tears