Friday, July 20, 2018

Duniawi 🙄

Assalamualaikum. Ok lah post kali ni dalam Bahasa Melayu 😬✌ Dah lama tak update blog jadi saja nak tulis~ Harap2 tiada makcik2 bawang akan screenshot & membawang pasal info terkini Badik la ye dok 🙊 Macam la tak tahu perangai sorang2 cenggitu 😏 Tak serik2 nak makan daging kawan sendiri. Entah bila nak sedar pun tak tahulah. Sebelum meninggal or kiamat sila sedarkan diri ya Makcik2 Bawang. Huhu Ni pun peringatan untuk diri sendiri. Kalau sendiri nak buka pekung di dada satgi Kita pun sama ja macam depa tu. Takmo2 No No!! Badik budak baik. Toksoh terpengaruh eh dengan depa 🙊 hehe

Info terkini ; Wan Sujaihah Binti Meor Hissan. Graduan UTM Skudai jurusan Sains Biologi. Sedang mempersiapkan diri untuk memasuki alam pekerjaan. In Shaa Allah akan menjalani latihan industri selama 6 bulan di Bangi di bawah program MTDC MOE. Semoga dipermudahkan segala urusan & diserap masuk oleh industri setelah 6 bulan. Perancangan lain: sementara berkerja ingin memohon guru mrsm (supaya dipanggil interview & mendapat jawatan kerajaan) Masih muda berusia 23 tahun jadi tiada komitmen. Oleh itu, tidak kisah sekiranya ditempatkan di Sabah/Sarawak/sekitar Malaysia 😬 Peluang perlu dicari. Jika ada kemahuan, di situ ada jalan 💪 Menunggu Konvokesyen UTM ke-61 November 2018 🎓🎉 Buat masa ini menjadi Suri rumah yang tidak bertauliah 😂 Belajar memasak dengan Abah. Skill mengemas masih amateur kahakakahak 😝 Bila dah masak penat nak mengemas. Aishhhh perlu persiapkan diri sebelum berkeluarga. Tidak terfikir untuk berkeluarga lagi kerana masih anak Abah yang manja 🙊 Cuma perlu berdoa daripada sekarang sahaja lah ditemukan jodoh dengan orang yang baik 😂 Prioriti buat masa sekarang fokus dengan kerjaya. Jika ada peluang untuk sambung master (mmg dapat pun UTM 😂, yuran mahal gilaa) akan difikirkan. Abah kata dia akan teruskan 1080 kalau adik sambung belajar lagi 😏 Tapi berdasarkan pengalaman serik dah nak belajar. Takpelah ada rezeki in Shaa Allah itu saja 🤗✨


Dah2 tu je. Nanti ade pulak yang melebih2 lepas baca entry baru ni 🙄 ok Byeeee. Assalamualaikum


Badik Chan 😎

No comments:

Post a Comment