Sunday, January 27, 2019

Life must go on 💪

Hello readers! Lama betul tak update entry baru. Hehe. Maaf kerana agak sibuk dengan urusan duniawi. Rasanya semua sedia maklum bahawa Sujaihah sudah 5 Bulan bekerja dalam makmal medical. Pengalaman yang bermakna malah perit juga untuk dilalui. Siapa sangka Sujaihah yang lembik & manja 🙄 mampu hidup berdikari hahahha. Seorang Sujaihah Badik akan mampu mengadaptasi situasi apabila dalam keadaan yang genting 😂 Namun begitu, dia juga punyai hati yang rapuh. 5 Bulan training membuka mindanya untuk menimbang tara baik buruk pengalaman bekerja di Bangi. Suatu keputusan yang tepat untuk menamatkan perkhidmatan selepas 6 bulan. Skills yang dipelajari menambah pengalaman dan pengetahuan. Mungkin ada diluar sana yang berasa rugi jika dia tidak meneruskan perkhidmatan tetapi beringatlah bahawa anda tidak berada dalam situasinya makanya jangan menilai sesuka hati. Semua orang ingin menceburi profession yang diminati begitu juga Sujaihah Badik. Semoga segala urusannya untuk mencari pekerjaan yang sangat sesuai buatnya akan dipermudahkan oleh Allah SWT 🤗 Rezeki Allah ada di mana-mana. Cepat atau lambat sahaja. Bersangka baik dengan Maha Pemurah. Semoga Kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang dimurahkan rezeki olehNya Amin 😻

No comments:

Post a Comment